Saturday, March 5, 2011

~MaRi2! AdA InFo MenAriK.

*Hari ni malas nak cakap psal tips, tapi saye ada beberapa info menarik nak bagitau anda semua. Jom, tengok2!

*1st


Buat pertama kalinya program muzik terkenal, MTV, bersiaran pada 1 Ogos 1981, jam 12.01 pagi. Klip video pertama yang ditayangkan melalui program itu pula ialah "Killed The Radio Star" nyanyian The Buggles.


*2nd
FOBIA!!!



*3rd
MAGEIROCOPHOBIA merupakan ketakutan terhadap aktiviti memasak!




*4th
GOLDEN GATE BRIDGE memiliki ketinggian 250 kaki. Jika seseorang terjun dari jambatan tersebut, ia boleh mengakibatkan pembuluh darah pecah dan saraf tunjang mengalami keadaan parah. Ada juga yang mungkin mati akibat serangan jerung selepas terjatuh ke dalam laut. Tetapi kebanyakan kematian kerana penerjunan itu berpunca dari impak badan yang kuat jatuh ke dalam air. Hanya 1% sahaja yang terjun mungkin akan selamat tanpa sebarang kecederaan mahupun kematian.



*5th
MUZIK boleh meredakan sakit yang kronik sebanyak 20% dan mampu mengurangkan tekanan perasaan sehingga 25%!



*6th
Seekor SERIGALA boleh berlari sejauh 20 batu atau bersamaan 32 km per jam dan boleh meningkat sehingga 40 batu per jam (56 km) sekiranya terdesak tetapi hanya untuk seminit dua sahaja. Tetapi untuk keadaan biasa, ia hanya berlari 5 batu (8 km) per jam dan mampu berlari sepanjang hari dengan kelajuan yang sama.




*7th
JERMAN merupakan negara Eropah pertama yang memperkenalkan insurans kesihatan kepada pekerja iaitu pada tahun 1888.




*8th
Memakan sebungkus MAKANAN RINGAN adalah bersamaan dengan meminum 5 liter minyak masak setahun!



*and lastly
Seseorang individu yang memiliki berat badan 150 paun di bumi mungkin akan mempunyai berat sehingga 4200 paun jika berada di MATAHARI. Ini kerana matahari memiliki tarikan graviti sebanyak 28 kali ganda jika dibandingkan dengan bumi.


Sekian, terima kasih!=)