>Mana taknya, tetap kaya walaupun aktiviti shopping diteruskan.
>Benarkah? Memang benar!
>Jangan buru2 memutuskan untuk tidak akan sama sekali keluar membeli belah
>Nak tau macamana? Jom semak tips2 berikut :-)
PERLU ADA PERANCANGAN~
Sebelum kamu keluar shopping, sebaiknya buatlah perancangan yang matang. Ke mana kamu akan belanja, dengan siapa, naik apa, dan berapa yang harus kamu keluarkan? Jangan malas ok! Coz, ini yang akan mengawal diri kamu untuk berbelanja. Not at all, kemungkinan untuk ada pengeluaran tambahan menjadi semakin kecil.
HARGAI SETIAP BAKI WANG PULANGAN~
Kebanyakan orang apabila ada baki wang dari jurujual, kalau jumlahnya 10 sen or 5 sen pasti seperti tak kisah. Perlu diingatkan, jangan meremehkan wang ini. Mungkin hari ini jumlahnya tak banyak tapi kalau disimpan dan dikira pasti boleh jadi besar! Jadi, setiap baki wang itu perlulah diambil serta disimpan di tempat yang sama dengan wang2 yang lain.
GUNAKAN KAD DEBIT~
Kamu juga boleh menggunakan kad debit utk pembayaran ketike shopping bagi menghadkan lagi pembelian serta mengawal diri agar tak terlalu ghairah bila berbelanja.
LUPUSKAN KAD KREDIT~
Bunga kad kredit sememangnya sgt tinggi apalagi jika kamu hanya membayar di tahap minimum. Jadi, andai tak mahu berhadapan dengan masalah kewangan di kemudian hari, lupuskan semua kad kredit yang kamu ada dan lunaskan semua hutang2 tersebut.
JANGAN OBSES~
Pengeluaran yang berlebihan sebenarnya terjadi kerana sistem berbelanja kamu yang obses. Jadi, beli barang yang benar2 ada kegunaannya bukan kerana ikut nafsu membeli.
WAKTU YANG SESUAI~
Sebaiknya andai ada misi untuk pergi shopping, elakkan kluar waktu lunch ataupun malam. Andai kamu keluar waktu berikut, bajet terpaksa disediakan untuk makan dan secara tak langsung akan menambahkan lagi masalah kewangan kamu. Jadi, misi perlu jelas agar kamu tak over bajet.
Dengan adanya tips2 kat atas mgkin boleh mengawal nafsu belanja anda dan dapat stabilkan sistem kewangan anda. So, fikir2 kan dan buatlah keputusan yang bijak!
Ok, jmpa anda lagi dengan info2 yang menarik.Chow!